Friday, October 16, 2015

METODOLOGI PENYELIDIKAN TINDAKAN DALAM MENGINTEGRASIKAN MULTI-MEDIA UNTUK MEMBANTU MURID DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN PROSES SAINS by Chin Suk Mei

Creative Commons License
METODOLOGI PENYELIDIKAN TINDAKAN DALAM MENGINTEGRASIKAN MULTI-MEDIA UNTUK MEMBANTU MURID DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN PROSES SAINS by Chin Suk Mei is licensed under a Creative Commons Attribution
4.0 International License.










































1 comment:

  1. Kajian ini telah dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

    Kajian ini dijalankan untuk berkongsi pengalaman tentang metodologi semasa melaksanakan penyelidikan tindakan berkaitan dengan pengintegrasian multi-media bagi mempermudahkan murid dalam menjawab soalan kemahiran proses sains (KPS). Penyelidikan tindakan ini dijalankan dalam tempoh sebulan. Pensampelan bertujuan telah digunakan dalam penyelidikan ini, maka ia melibatkan empat orang sampel murid dari tahun empat yang lemah dalam menjawab soalan (KPS) di sebuah sekolah rendah. Cara-cara yang digunakan untuk pengumpulan data adalah seperti membuat pemerhatian terhadap tingkah laku, respon, perasaan dan reaksi murid dengan rakaman video, mengambil foto dan catatan, analisis dokumen seperti ujian sebelum dan selepas intervensi, lembaran kerja, transkrip temubual dengan murid serta ibu bapa, mendapatkan maklum balas dengan borang dan perbincangan atau pesanan dalam WeChat. Semua data seperti catatan, foto, video dianalisis secara analisis kandungan, temubual ditranskripsikan dan dianalisis dengan pengekodan data. Data temu bual dan data pemerhatian melalui rakaman video ditriangulasikan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan yang dijalankan dengan mendapatkan data daripada sumber data yang berbeza. Didapati kajian yang mengaplikasikan penyelidikan tindakan ini membantu penyelidik menambah baik atau memahami amalan kendiri. Ia juga amat membantu penyelidik selaku guru dalam memahami amalan pembelajaran murid dengan mendalam, meningkatkan pembelajaran murid serta merapatkan hubungan dalam kalangan guru dan ibu bapa yang terbabit.

    ReplyDelete