Methodologi ini Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp)
29 JULAI2015 (IPG B.L)
Penggunaan Wechat dalam Pengumpulan Data bagi Kajian
Perbincangan dalam Wechat Group
Ahli-ahli dalam kumpulan Wechat yang dibina oleh
saya sendiri terdiri daripada ibu-bapa dan juga murid dengan
tujuan untuk mendapatkan maklumat. Perbincangan yang tidak formal antara ahli juga dapat diwujudkan maka
hubungan yang semakin erat terbina antara mereka.
Analisis kandungan Perbincangan dalam Wechat
Group
Perbincangan yang tidak formal dalam Wechat diambil
kira dan dianalisis. Saya dapati kegunaan
Wechat bukan sahaja membantu dalam mengumpul maklumat, tetapi ia
mengeratakan hubungan antara peserta kajian. Mereka dapat memberi cadangan dan
pandangan secara tidak formal tentang intervensi ini terhadap anak
mereka.Murid-murid juga dapat berbincang dengan kawan tentang perasaan selepas
mereka menggunakan bahan intervensi itu di rumah dengan segera dengan adanya
kemudahan Wechat.
Selain itu, 4
peserta itu tersebut juga menggunakan bahan belajar tersebut di rumah dan
mereka meninggalkan pesanan dengan segera di dalam Wechat sebaik sahaja mereka
menggunakannya untuk mengulang kaji di rumah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1 di bawah.
Refleksi
Pembelajaran Kendiri
Sepanjang perlaksanaan kajian ini, saya dapati
hubungan erat terbentuk antara peserta
dengan peserta, ibu bapa dengan peserta, ibu bapa dengan guru. Contohnya
guru, peserta murid serta ibu bapa boleh berbincang dalam Wechat